Saturday, September 7, 2013

Biskut Layer Sardin @ "Lasagna Malaysia"




Assalamualaikum...

Dah lama tak jenguk blog nie almaklumlah "buat-buat busy"...hahha...maka, takdanlah nak letak resepi baru walaupun dah cuba resepi baru...kadang-kadang jadi..kadang-kadang hanyut........last2 ke tong sampah gak..

oklah, cakap banyak pun tak guna ..yang penting nak kongsi resepi ngan korang semua....
actually, resepi nie aku amik dari sahabat baik aku Shalina.....resepi asal taktau la daripada mana cuma 1st time makan aku tak berapa suka sgt..mgkn sebab rasa manis skit...tp aku gagah gakla makan skit cuma bukan peberet aku la.....hah, kalau tengok tang nama pun mesti dok pikiaq mai mana yg LASAGNA tu kan??? hahaha...aku saja ja boh.....ikut suka hati aku ja sbb aku tekak Melayu..waktu aku makan biskut layer sardin nie aku bayangkan la aku makan lasagna..hehehhe.... 

Jom semak bahan-bahan yang diperlukan.........resepi di bawah nie resepi asal...oleh kerana aku buat dua adunan maka bahan-bahan nie digandakan la...



Bahan A (Inti)
1 tin sardine (kecil) – ambil isi shj dan hancurkan ½ paket serbuk kari 1 biji bawang besar(potong dadu) 2 ulas bawang putih(potong dadu) 1 biji tomato( potong dadu) 3@4 biji cili – potong kecil2 Gula , garam, ajinomoto – secukup rasa
(aku tak masuk pun gula sebab susu dah manis...lgpn aku tak suka manis2 sgt...huhuh..
takut kena kencing manih..)
3@4 sudu minyak masak (utk tumisan)


Cara-cara (inti) – macam inti sandwich
1. Tumiskan bawang besar, bawang putih sehingga kuning 2. Masukkan serbuk kari dan kacau sehingga sebati 3. Masukkan isi sardine, garam,gula & ajinomoto 4. Masukkan cili dan tomato 5. Goreng sampai masak . (agak2 kering)

Bahan B 
3 biji telur 9 keping biskut 3@4 sudu susu pekat manis (campurkan dengan segelas air panas) – utk rendam biskut
Cara-cara untuk membuat layer 1. Rendam kan 3 keping biskut (agak2 boleh angkat) 2. Pukul sebiji telur. 3. Susunkan di dalam container – layer 1 4. Tuangkan telur diatas lapisan biskut (1 biji telur) 5. Ratakan inti pada permukaan telur dan biskut (Bahan A) – layer 2 6. Ulangi langkah 1-5 utk layer 3,4&5 (Hasilmya akan dapat 3 layer biskut dan 2 layer sardine & 3 layer telur)
7. Kukus selama 1 jam. (yang nie aku wat eksperimen sendiri ..bakaq.......masa??? agak2 la dlm 30 - 45 minit...jgn smp hangit lak)


bila dah siap masak leh la nyum-nyum....








selamat mencuba ...:D

Saturday, September 24, 2011

Ayam Masak Merah ( resepi Mak ......terbaik!!)

Assalamualaikum..

Lepas raya camni banyak sungguh program makan2.....jenuh la dok atoq..bulan posa turun 2kg ja..lps raya naik dua tiga kilo..huhu...minggu nie saja dah dua kali kelab guru dan staf sekolah den buat "pot luck".. ingat abih dah la buat ari isnin aritu..tetiba bos kata nak wat lagi ari khamis..tapi den tak join pun..pasai dah janji ngan budak2 nak wat Jamuan Raya  untuk kelas..

antara menu utama..nasik lemak..(order ngan makcik kantin..) + ayaq kopi O (manis betoi..kalau aku bancuh mesti lagi sedap..hehehe) nasik nie amik lauk basic ja..(pasai budak2 tak brp suka masakan tuan kantin..nak msk nasik sndr dlm kuantiti byk camtu rasa tak mampu kot sorg dr...) yg lain2 aku masak la..(1st time aku masak lauk dlm kuantiti yg banyak camtu)......almaklumlah tak brp nak reti sgt...

nie nak kongsi resepi Ayam masak Merah versi Mak den yg terbaik!!!...nyum,..nyum...(semua org akan kata mak depalah yg terbaik kan...so kalau kita tak puji mak kita , takkan org len lak kot..hihi)
resepi ni den buat untuk 3 ekoq ayam..(actually lebih skit ja..lbh kurang halal la nooo..)

 AYAM MASAK MERAH

3 ekor ayam
30 biji cili kering
10 ulas bawang putih
6 labu bawang besar (kalau saiz agak kecik letak la lebih supaya sambal /rempah2 nie bersalut ngan ayam)
6 batang serai*
6 biji buah keras *
3 inci lengkuas*
Sebotol tomato sebotol* ( jenama life lagi sedap)
½ botol sos cili (kalau nak pedas tambah sos cili)*
 3 inci halia

sedikit garam
sedikit kunyit
sedikit gula
sedikit bahan perasa..
sedikit air/susu cair(susu nak letak pun ok..takmau pun takdak masalah.)
kacang peas dan bawang goreng sbg hiasan


cara menyediakannya..

1. Perap ayam bersama sedikit garam dan kunyit selama beberapa minit sebelum digoreng 3/4 masak..(jgn terlalu garing dan masin). Setelah masak ketepikan .
2. Kisar cili kering, bawang putih , bawang besar, halia, lengkuas, serai, buah keras dan serai.
3. Tumis bahan yg dikisar sehingga naik minyak, masukkan ayam yang telah digoreng..
4. Masukkan susu cair, sos cili, sos tomato, garam, gula dan bahan perasa secukup rasa.
5 Dah masak, hidang di dalam pinggan dan hias dengan kacang peas dan bawang goreng.

tadaaaaaaaaa..leh makan..nilah hasilnya


ayam masak merah












Friday, December 24, 2010

Kek Lapis Seri Kaya

Arini takdak pi mana-mana memandangkan aku takde mood nak keluaq..sian gak kat mak (pasai dapat anak yang suka berkurung dalam umah daripada meronda kat luaq....sejak azali lagi aku suka dok umah...melainkan ada keja ja aku akan keluaq)


Mak aku suka kumpul buku resepi...wat koleksi gitu...hehehe..minat dia pada bidang masakan nie mmg tak dapat dinafikan....bukan nak puji la tapi mak aku seorang yang kreatif dalam masakan dan susah nak bg pujian kalau org lain masak melainkan betui2 sedap...So, dalam banyak-banyak koleksi buku resepi dia tu aku adalah usha sebuah buku nie..harga takdak la mahal pun RM 5.50 ja..tapi kadang-kadang tak semua resepi dalam buku tu menjadi..so kenalah mencuba...


Memandangkan semua bahan dah ada...aku pun buat jelah...cuma ada beberapa bahan yang aku tambah..


Kek Lapis Seri Kaya:


300 gm mentega
300 gm tepung gandum ( aku guna tepung naik sendiri ja...saja nak ubah skit)
200 gm gula pasir (kalau tak suka manis boleh kurangkan gula..)
6 biji telur 
180 gm seri kaya
2 sudu teh esen vanila 
2 jenis pewarna (aku guna warna hijau ngan kuning...semangat HIJAU KUNING GITU...heheheh)
Haw flakes  (resepi asal tak letak..tapi aku saja letak)


Cara menyediakannya:


1. Pukul mentega bersama dengan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan dipukul perlahan.
3. Masukkan seri kaya dan esen vanila dan dipukul sehingga sebati.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga rata.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. 1 bahagian berwarna hijau dan 1 lagi berwarna kuning.


Cara Memasak(kaedah mengukus).


sebelum mengukus kek nie , kita kena pastikan air dalam periuk kukus tu dah mendidih...tudung periuk tu jangan lupa kena alas ngan kain putih(supaya kek tak ditimpa wap)


1. Didihkan air dalam periuk.
2. Kukus lapisan pertama dengan adunan berwarna hijau sebanyak satu cawan.Kukus selama lebih
    kurang 15  minit.
3. Kukus lapisan kedua dengan adunan berwarna kuning selama 15 minit. 
4. Ulangi langkah 2 dan susun la haw flakes tu ikut kreativiti masing-masing. kalau takmau letak
    pun takpa kemudian baru dikukus .
5. Ulangi langkah 3 dan susun haw flakes seterusnya dikukus selama 15 minit.
6. Ulangi langkah 4 &5 sampai siap. 


proses mengukus nie amik masa lebih kurang 2 jam lebih gak la...kata kawan aku seelok2nya kukus setiap lapisan tu dalam 45 minit baru tahan lama..kalau tujuh lapisan kira tengok la berapa jam kan..hehehehhe....


so kat bawah nie aku letakkan skit la pic-pic yang sempat di snap..

Haw Flakes

Lapisan pertama

Susun Haw Flakes ikut selera anda..

Ni lah hasilnya....mak aku suh letak banyak2 haw flakes tu...(untuk yang ada diabetes..leh kurangkan..)

dah boleh di nyum2....:)





 Selamat mencuba..:)
















Friday, December 17, 2010

Kek Lapis Strawberi Prune

Pagi semalam aku teman mak pi hospital ..balik tu singgah sat kat kedai jual bahan-bahan untuk buat kek kat jalan stadium tu..(lupa dah nama kedai tu..tapi kedai tu kat tepi jalan ja, mudah nampak)...teruja la sat bilamana aku menjejakkan  kaki ke dalam kedai tu sampai lupa nak beli apa ..macam-macam ada...cuma kena siap duit ja.....heheheheh...oleh kerana aku nak belajar ,kenalah korbankan skit duit....heheheh....well, zaman la nie..ada duit..ilmu boleh dicari...takdak duit..pi pinjam ngan PTPTN dulu..:P

Sebenarnya resepi nie aku amik dalam buku resepi yang mak beli...(hobi kami sama ja...suka beli buku...mak aku suka buku resepi..aku suka novel...) dalam banyak-banyak resepi tu, aku rasa resepi kek nie agak mudah...bahan-bahan pun takdak ghenyah sangat..banyak membebel pun tak guna pasai orang nak tengok resepi ja pun..hehehe

Kek Lapis Strawberi Prune

Bahan-bahannya:

450 gram mentega (suhu bilik)
300 gram tepung hong kong
250 gram gula pasir ( kalau tak suka manis boleh kurangkan ..amaun tu bergantungla kat diri-sendiri)
7     biji telur (suhu bilik)
1     sudu teh esen vanila
1/2  tin susu pekat manis
250 gram horlick
Buah Prune tanpa biji
Perasa strawberi


Cara Penyediaan

1. Pukul mentega bersama gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul perlahan.
3. Masukkan horlick, susu pekat manis dan esen vanila. Pukul sebentar.
4. Masukkan tepung dan gaul sehingga rata.
5. Bahagian adunan kepada dua bahagian, perasa asal dan perasa strawberi.

Cara Memasak.
(boleh masak dengan cara membakar atau mengukus)

Oleh kerana aku memasak dengan cara mengukus..so aku bgtaulah cara2nya..

1. Kukus lapisan pertama dengan perasa strawberi sebanyak satu cawan.
2. Kukus dalam 15 minit.
3. Masukkan lapisan kedua perasa vanila dan ratakan. Ulangi langkah 2.
4. Ulangi langkah 1 dan susun dengan buah prune , kemudian dikukus.
5. Ulangi langkah 1 hingga 3 sehingga selesai.

(kalau bakar pun lebih kurang ja caranya...selang-seli perasa tu sampai abih...)

Dan inilah hasilnya..................



                                                                 
Aku telah "menderhaka"kan rasa kek nie dengan mengurangkan gula....( kalau yang suka manis-manis tu leh la bubuh gula mcm yang dalam resepi di atas..) rasa still yummy (bukan aku yang cakap tapi sedara aku yang cakap...)




            

Selamat mencuba.....pasni kalau rajin leh try resepi kek yang lain lak...heheheh

Sunday, October 31, 2010

Rendang Minang Ayam

Tengok resepi tu jangan salah anggap lak, ceq budak org minang cuma ceq suka ja makan rendang minang yang mak ceq masak. Sebenaqnya, apapun yang mak ceq masak ceq mmg suka..semuanya SEDAP bg ceq la...org len ceq tak tau. So, resepi nie ceq nak kongsi la ngan kwn2. Nie menu WAJIB yang ada setiap kali hari raya, kalau takdak macam tak lengkap ja. 


mak ceq suka masak rendang, antara yang ceq paling suka rendang nie la..yang lain tu rendang selangor...hahahah...makan mmg sedap tapi takleh selalu la pasai rendang nie byk msk santan..so berlemak-lemak la...


berceloteh panjang-panjang pun tak guna gak, jom kita tengok resepi Rendang Minang Ayam resepi turun-temurun mak ceq nie...


Resepi Rendang Minang

1 ekor ayam
2 keping Asam keping
250 g Kerisik
½ kg santan pekat

Bahan A : (dikisar)

3 ulas bawang putih
30 biji cili kering(kalau nak pedas boleh letak lebih)
6 batang serai
2 cm halia
2 cm lengkuas
4 ulas bawang besar
20 ulas bawang merah
2 cm kunyit
Garam,Gula secukup rasa
Daun limau purut, Daun kunyit





Cara-cara menyediakannya:


1.      Masukkan bahan A dan ayam ke dalam kuali
.
2.    Gaulkan bersama. Kemudian masukkan santan pekat, asam keping, gula, garam dan kerisik.

3.    Apabila hampir masak, masukkan daun limau purut dan daun kunyit.

4.   Kacau rendang sehingga kering.